Pages

Friday, March 21, 2014

Terkejut jumpa epal ‘kembar’


Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.
Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.

“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.
Foto
MEL menunjukkan buah epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.
Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.
Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

No comments: