BOGOTA, Colombia 20 Mac. - Seorang bayi paling gemuk di Colombia, Santiago Mendoza yang mempunyai berat sama seperti kanak-kanak berusia enam tahun telah mendapat perhatian sebuah badan kebajikan untuk membantu bayi itu menjalani rawatan kesihatan.
Menurut laman portal berita, dailymail.co.uk, Mendoza yang baharu berusia lapan bulan dan kini mempunyai berat badan, 19.7 kilogram telah diterbangkan dari rumahnya di bandar timur laut Valledupar ke bandar Bogota pada Ahad lalu untuk diberi rawatan di klinik Colina di sini.
Beberapa sukarelawan daripada badan kebajikan Yayasan Chubby Hearts di Medellin mula `campur tangan untuk mengambil bayi lelaki itu apabila ibunya, Eunice Fandiño menulis sepucuk surat untuk meminta bantuan untuk membantu anak itu.
Ibu bayi itu, turut mengakui kejahilan dirinya telah menyebabkan anaknya itu mempunyai berat badan yang tidak sihat.
Menurut wanita itu, setiap kali bayinya itu menangis dia akan memberi susu atau makanan untuk menenangkannya.
"Dia dilahirkan dengan masalah keresahan, oleh itu jika dia menangis saya akan beri dia makan," kata Fandiño.
Sementara itu, agensi berita Caracol Radio melaporkan Mendoza sebenarnya mengalami masalah komplikasi kesihatan ekoran kegemukan sejak dia dilahirkan, dan dia juga pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali.
Pengarah Yayasan Chubby Hearts, Salvador Palacio González berkata, bayi itu akan dirawat oleh beberapa doktor pakar di klinik Colina di sini.
Katanya, para pegawai perubatan akan cuba menurunkan berat badan Mendoza kepada satu paras yang terkawal sebelum menghantarnya untuk menjalani pembedahan.
"Bayi itu dijangka memerlukan satu rawatan yang panjang, pendidikan, makanan yang sihat dan aktiviti fizikal apabila dewasa kelak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140321/lu_05/Bayi-gemuk-diselamatkan#ixzz2wZPkFKYq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment