Pages

Monday, November 17, 2014

Tren terpantas catat kelajuan lebih 500kmj



TREN Maglev yang mampu mencapai kelajuan lebih 500kmj kini dalam proses percubaan. - AGENSI


YAMANASHI – Seramai 100 orang penumpang menjadi pengguna pertama menaiki tren terpantas di Jepun yang mampu mencapai kelajuan melebihi 500 kilometer sejam (kmj).
Tren Maglev yang masih dalam proses percubaan itu memulakan perjalanannya di antara dua bandar iaitu Uenohara dan Fuefuki.
Terdapat beberapa kamera yang diletakkan di dalam tren berkenaan untuk merakam respons para pengguna yang pertama kali menaiki tren Maglev yang menjalani latihan selama lapan hari.
Menurut jurucakap Syarikat Kereta Api Pusat Jepun, pihak mereka melakukan latihan di landasan tren di wilayah Yamanashi sebagai langkah permulaan.
“Kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar sebelum tren ini boleh diguna pakai oleh penduduk tempatan,” katanya.
Tren berkenaan bergerak dalam keadaan ‘terapung’ di atas landasan kerana menggunakan sistem pengangkat magnetik.
Maglev akan menjadi tren terpantas kerana tren laju lain di Jepun pada masa kini cuma mampu mencapai kelajuan sehingga 320kmj, malah tren paling laju di London cuma mencecah kelajuan 300kmj. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3JKt08Q6W 
Hakcipta terpelihara 

No comments: