Ketika anak perempuan pertamanya dilahirkan, ibu itu, Rosamere Fernanda de Andrade menyangka ia merupakan satu kesilapan apabila anaknya itu berkulit putih, berambut perang dan bermata biru.
Mail Online melaporkan, Rosamere, 31, dan bekas suaminya, Alexandrino Barbosa de Sobral, 63, seorang lelaki berketurunan Afrika Brazil dan berkulit hitam, tetapi anak pertamanya bersama Alexandrino dilahirkan berkulit putih kerana bayi itu mengalami masalah genetik, albinisme.
Anak itu, Ruth yang kini berusia 14 tahun dilahirkan tanpa pigmen kulit dan kelihatan berbeza daripada keluarganya.
Selepas melahirkan anak pertamanya itu yang mengalami masalah albino, Rosamere melahirkan dua cahaya mata ;agi yang turut mengalami masalah yang sama yang diberi nama Estefani, 12, dan Kauan, 9 tahun.
Ibu yang berasal dari Recife, Brazil itu yang kini menjalin hubungan dengan teman lelaki baharunya Robenilson, 37, berkata, apabila dia bersama anak-anaknya, mereka pasti akan menjadi perhatian ramai kerana keadaan mereka yang kelihatan berbeza.
“Pada suatu hari ketika saya hendak keluar dari sebuah pusat membeli-belah bersama Ruth dan Estefani, seorang pengawal bertanya kepada saya tentang ibu kepada kedua-dua anak albinonya itu.
“Selalunya keadaan itu akan membuat saya marah, namun saya mula berlajar bahawa orang ramai perlu dididik mengenai albino yang sebenar,” katanya.
Rosamere yang memiliki tiga orang anak lagi yang diberi nama Joao, 13, Rebeca, 5 dan Maria, 2, yang dilahirkan normal berkata: “Memiliki anak-anak dalam keadaan ini memberi saya banyak masalah.
Pesakit albino dilaporkan tidak cukup pigmen melanin yang memberi warna gelap pada kulit, rambut dan mata serta melindungi badan daripada sinaran matahari.
“Saya bimbang mereka dijangkiti barah kulit kerana saya tidak mempunyai wang untuk membeli ubat perlindungan yang mereka perlukan,” kata ibu itu sedih.