Pages

Saturday, November 15, 2014

Dapat muka baru

Liaoning (China): Bahagian kiri dada seorang lelaki sengaja digelembungkan hingga sebesar bola keranjang, sebahagian daripada usaha doktor untuk menghasilkan wajah baru untuknya.
Yan Jianbin melecur teruk di mukanya akibat terkena renjatan elektrik dalam satu kemalangan.
Kejadian itu mengakibatkan mukanya cacat dan dia hilang mata kanan serta hidung.
Bagaimanapun, Hospital Tentera Shenyang di wilayah Liaoning berkata, mereka berharap dapat mencipta muka baru untuk Yan.
Proses itu dimulakan enam bulan lalu dengan meregangkan kulit pada bahagian kiri dadanya.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan bentuk seperti kepala. Mereka menyuntik air garam pada dadanya bagi mengembangkan kulit itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:06 AM


DOKTOR melakukan proses membina kulit muka baru dari kulit bahagian kiri dada Yan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9207#sthash.bzRV0kYY.dpuf

No comments: