Pages

Saturday, October 11, 2014

Lincoln dipercayai kuda tertinggi di Britain



KUDA setinggi 2.43 sentimeter ini memiliki selera luar biasa. - AGENSI


LONDON – Seekor kuda setinggi 2.43 meter yang diselamatkan oleh dua petani daripada disembelih dipercayai kuda tertinggi di Britain, lapor MailOnline semalam.
Kuda itu yang dinamakan Lincoln mempunyai selera makan yang besar. Haiwan itu makan 12 kilogram (kg) lobak merah, 24 biji epal, 5kg bayam dan lima biji kubis sehari.
Lincoln yang sebelum ini sakit telah diselamatkan dari sebuah rumah sembelihan oleh seorang petani, Ruth Blair.
Haiwan itu turut dijaga oleh seorang pemilik syarikat buah-buahan dan sayur-sayuran, James Mackie.
“Apabila saya dan rakan saya menemui Lincoln, haiwan itu amat kurus. Pada mulanya kami menganggap Lincoln tidak dapat diselamatkan lagi tetapi kuda itu semakin pulih selepas dirawat,” kata Mackie.
Dia membelanjakan kira-kira £28.50 (RM150) sehari jika membeli makanan Lincoln di pasar raya di sini atau bersamaan dengan £10,374 (RM54,502) setahun.
Sebelum ini, seekor kuda bernama Clydesdale di Kanada diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai kuda tertinggi kerana mempunyai ketinggian 3 meter. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FmnECoEH 
Hakcipta terpelihara 

No comments: