Pages

Friday, October 3, 2014

4.1kg rambut dalam perut


Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum.

Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin.
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri.

“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir.

Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu.
Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.

Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.
Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik.

Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun.
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments: