Pages

Wednesday, September 17, 2014

Wanita bunuh diri dalam kandang buaya



SALAH satu kandang yang terdapat di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di Bangkok, Thailand.


BANGKOK - Seorang wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya, menurut satu laporan semalam.
Menurut akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, terjun ke dalam kandang buaya mengandungi lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu kota Thailand di sini.
Kejadian ngeri itu berlaku Jumaat lalu selepas mangsa meninggalkan kediamannya di sini pada hari yang sama.
Beberapa saksi berkata, mereka melihat Wanpen sengaja terjun ke dalam kandang buaya itu manakala rakaman kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.
"Pemilik dan pekerja ladang ternakan buaya itu menggunakan beberapa batang kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang sedang mengoyakkan mayat mangsa," kata seorang kolonel polis, Muang Samut Prakarn.
Dalam pada itu, saudara perempuan Wanpen, Sunan Tharmnat memberitahu akhbar tempatan bahawa mangsa murung dan tidak bercakap dengan sesiapa beberapa hari sebelum dia membunuh diri.
Ladang ternakan tersebut memelihara kira-kira 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3DWTYHE6s 
Hakcipta terpelihara 

No comments: