Pages

Tuesday, September 2, 2014

Selebriti wanita jadi sasaran penggodam siber


JENNIFER LAWRENCE
LOS ANGELES 1 Sept. - Berpuluh-puluh selebriti wanita termasuk aktres Jennifer Lawrence dan model, Kate Upton didapati menjadi sasaran penggodam siber yang menyebarkan gambar peribadi mereka dalam Internet.
Menurut laman web, Mail Online, gambar-gambar tersebut diperoleh daripada laman web penyimpanan dokumen, iCloud sebelum penggodam menyiarkan gambar tersebut dalam laman web, 4chan.
Satu senarai turut mendedahkan sebanyak 101 nama mangsa yang disiarkan secara dalam talian baru-baru ini, antaranya Aubrey Plaza, Candice Swanepoel, Cara Delevingne, Cat Deeley, Hillary Duff dan Kaley Cuoco.
Jurucakap Lawrence mengesahkan gambar-gambar yang digodam adalah milik aktres itu.
"Ini merupakan satu ke­salahan melanggar hak peribadi Lawrence. Kami telah melaporkan kepada pihak berkuasa dan akan mengenakan tindakan kepada sesiapa yang mencuri gambar peribadinya," kata jurucakap tersebut menerusi satu kenyataan e-mel.
Pada masa sama, aktres Mary Elizabeth Winstead yang juga merupakan mangsa penggodam siber ber­kenaan berkata, dia berasa simpati kepada mangsa yang terbabit dalam jenayah tersebut.
"Saya hanya boleh memikirkan tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan gambar lama saya yang telah dibuang. Saya berasa simpati kepada semua," katanya menerusi laman web, Twitter.
Twitter turut bertindak menutup akaun pihak yang menyebarkan gambar-gambar tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140902/lu_10/Selebriti-wanita-jadi-sasaran-penggodam-siber#ixzz3C6M6f79l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: