MEGO menggunakan sebatang kayu panjang untuk mengukur kedalaman Sungai Joloi di Kalimantan Tengah dan menyeberanginya selepas merasakan ia selamat. - AGENSI |
Namun, di Kalimantan Tengah, seekor orang utan dikesan menggunakan sebatang kayu panjang untuk mengukur kedalaman sungai dan menyeberanginya selepas merasakan ia selamat, lapor Mail Online.
Kebijaksanaan orang utan itu yang diberi nama Mego, dirakam oleh kakitangan Pusat Pemulihan dan Penyelamat Nyaru Menteng yang sedang memantau perkembangan mamalia tersebut di tebing Sungai Joloi.
Mego didapati mengambil batang kayu dan berhati-hati memasukkannya ke dalam air bagi mengukur kedalaman sungai itu dan apabila ia mendapati sungai berkenaan benar-benar selamat, baru Mego akan menyeberangi sungai itu.
Namun agak malang, Mego hilang cengkamannya pada batang kayu itu sehingga dia kemudiannya dihanyutkan arus sungai.
Haiwan yang pintar itu kemudiannya mendapati, adalah tidak bijak untuk menyeberangi sungai tersebut tanpa batang kayu tersebut dan dengan berat hati berpatah balik. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_11/Orang-Utan-haiwan-paling-pintar#ixzz3Clg8AFeT
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment