Pages

Monday, August 11, 2014

Mangsa amuk berjaya atasi trauma


Cecilie Herlovsen yang turut kudung tangan kanan kini sudah boleh menjalani kehidupan seperti manusia normal. - AGENSI

OSLO 10 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian amuk yang mengorbankan 77 orang di sini pada 22 Julai 2011 berharap kejayaannya keluar daripada trauma kesan daripada tragedi tersebut dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
Mail Online melaporkan, Cecilie Herlovsen, 19, yang turut kudung tangan kanan selepas ditembak oleh suspek amuk yang dikenali sebagai Anders Behring Breivik berkata, dia sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas tiga tahun kejadian itu berlaku.
"Keadaan saya kini semakin baik, keluarga dan rakan-rakan telah banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya.
"Saya tak mungkin dapat melupakan wajah pembunuh itu, saya sangat bencikannya dan gembira dia telah dijatuhkan hukuman yang setimpal," jelas Herlovsen.
Herlovsen berkata, dia berhajat untuk menggunakan pengalaman yang dimilikinya tentang bagaimana untuk mengatasi rasa takut dan trauma dengan membantu orang lain.
"Saya merancang selepas tamat sekolah nanti saya mahu mencari pekerjaan yang dapat membantu remaja yang mengalami masalah sama," ujarnya.
Herlovsen turut bersedih kerana kehilangan rakan baiknya dalam kejadian itu.
"Saya berharap sangat dapat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan baik saya iaitu Andrine, kerana ketika saya menjumpainya dia sudah pun meninggal dunia dalam kejadian berkenaan," jelas Herlovsen.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140811/lu_06/Mangsa-amuk-berjaya-atasi-trauma#ixzz3A1sSpAZp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: