Muhammad Salah ketika menyampaikan ceramah bertajuk Al-Quran The Eternal Guidance di Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi. - Foto Sinar Harian |
SHAH ALAM - Perjuangan yang dibawa kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana tindakan ganas yang dilakukan terhadap orang awam di negara berkenaan.
Mudir Islamic Center Of Victoria, Dr Muhammad Salah berkata, tindakan ISIL yang sewenang-wenangnya membunuh insan tidak berdosa sudah tentu akan memberikan perspektif buruk kepada agama Islam.
“Apabila tindakan mereka ini yang memperjuangkan sesuatu bukan berlandaskan al-Quran maka mereka telah melanggar hukum Islam itu sendiri dan tidak wajar untuk dicontohi.
“Mereka turut membunuh orang awam, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersama dalam perjuangan mereka. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan,” katanya pada sidang media sebelum menyampaikan ceramah bertajuk Al-Quran The Eternal Guidance di Dewan Sultan Muhammad Ke V Kompleks Karangkraf, malam tadi.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengarah Urusan, Muhammad Nasir Hamzah.
Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dilakukan oleh ISIL dan sedih kerana kekejaman dilakukan oleh kumpulan militan itu yang dibuat atas nama agama kerana Islam sendiri bermaksud agama yang aman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, Malaysia kecewa dengan tindakan itu dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama bertindak bagi mengelakkan lebih banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman itu.
Sementara itu, Muhammad Salah berkata, walaupun sesuatu perjuangan itu atas nama Islam, namun jika tidak berlandaskan al-Quran, maka perjuangan itu tidak mencerminkan perjuangan Islam sebenar.
Dalam ceramahnya, pensyarah di Universiti Al-Azhar menggesa seluruh masyarakat Islam untuk kembali memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
Menurut Muhammad Salah, setiap ayat dalam al-Quran mengandungi suruhan dan perkara yang perlu diikuti dan dijauhi sesuai dengan perintah-Nya.
“Apabila kita menghayati kitab suci al-Quran, kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan ALLAH SWT .
“Malah, ALLAH SWT juga telah menyebut dalam aL-Quran, sesiapa yang tidak mengikuti seperti apa yang tertulis dalam al-Quran, hidup mereka tidak akan tenang dan sentiasa dalam kesengsaraan,” katanya.
Katanya lagi, umat Islam perlu memastikan al-Quran tetap terpelihara kesucian dan martabatnya dengan membaca, menghafal, memahami dan mengambil pengajaran daripada kitab suci itu.
“Ramai asyarakat Islam kini ramai seolah-olah tidak mendapat keberkatan dalam hidup dan sentiasa merasakan kekurangan dalam hidup kerana tiada petunjuk daripada ALLAH SWT.
“Kerana itu, apabila mereka kembali kepada al-Quran, maka hidup mereka akan lebih diberkati dan bahagia,” katanya.

No comments:
Post a Comment