SINGAPURA - Seorang aktivis alam sekitar, Cristina Zenato melakukan aksi berbahaya apabila dia memberi makan sekawan ikan jerung menggunakan tangannya, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Wanita itu dirakamkan mengambil ikan dari dalam sebuah baldi lantas dihulur ke mulut beberapa ekor ikan jerung yang berenang di dasar Akuarium S.E.A di sini baru-baru ini.
Dia hanya memakai sut berantai sebagai perlindungan semasa melakukan aksi berisiko tersebut.
Penyelam Itali itu menyelam bersama ikan jerung sejak hampir 20 tahun lalu.
Namun, dia masih memakai sut selam berantai sebagai persediaan jika ikan pemangsa tersebut bertindak untuk menggigitnya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz39kOvjRO5
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment