• Askar Britain diarah meningkatkan aktiviti senaman.Askar Britain diarah meningkatkan aktiviti senaman.

LONDON - ENGLAND. Lebih 32,000 tentera Britain gagal dalam ujian kecergasan dalam tempoh tiga tahun lalu dan lebih 22,000 yang lain didapati mempunyai berat badan berlebihan.

Kementerian Pertahanan Britain memaklumkan, kesemua tentera di negara itu dikehendaki melengkapkan penilaian kecergasan peribadi dua kali setahun, di mana ujian semula perlu diambil dalam tempoh tujuh hari bagi mereka yang gagal dan kegagalan berterusan boleh menyebabkan dibuang.

Difahamkan, tentera lelaki berumur di bawah 29 tahun perlu melengkapkan 44 tekan tubi, 50 senaman perut sit up dan larian 2.4 kilometer masing-masing dalam dua minit.

Manakala, bagi wanita mereka perlu melengkapkan 21 tekan tubi, 50 senaman perut sit up dan larian dalam tempoh 13 minit.

"Angka ini mewakili 11 peratus daripada jumlah tentera yang berkhidmat dalam tempoh antara April 2011 hingga Mac 2014. Setiap kakitangan disediakan sokongan dan latihan untuk memenuhi piawaian fizikal tentera," menurut kementerian itu kepada AFP.