Bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelan keselamatan menyeluruh bagi menyambut jutaan jemaah ke kota suci itu.
Pegawai Perbandaran Makkah, Osama Al Zaitoony berkata, pelan keselamatan itu sudah dipersetujui dalam satu mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Perbandaran Putera Mansour Miteb, Ketua Pengarah Keselamatan Awam; Mejar Jeneral Osman Nasser Al-Mahrraj, Ketua Polis Makkah; Mejar Jeneral Abdulaziz Al-Souli, Datuk Bandar Makkah; Osama Al-Bar dan pegawai kanan lain.
“Pelan keselamatan itu dilakukan lebih awal memandangkan kawasan Masjidil Haram kini sedang dalam projek menaik taraf.
“Jemaah haji biasanya sudah berada di Makkah sejak awal bulan ini bagi menunaikan puasa dan solat tarawih. Kami sudah melatih puluhan kakitangan pengurusan jemaah bagi memudahkan urusan mereka melakukan ibadah,” katanya.
Menurutnya, bagi mengelakkan kesesakan trafik, ratusan polis akan ditempatkan terutama di kawasan Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang Ramadan nanti.
“Jabatan Trafik Makkah sudah menyediakan pelan komprehensif bagi menangani masalah trafik bertujuan memudahkan pergerakan jemaah," katanya.
Ketua Trafik Makkah Kolonel Ali Zahrani memberitahu, pengaturan lalu lintas telah dibuat terutama di kawasan Masjidil Haram.
Sementara itu, komander Masjidil Haram Mejar Jeneral Yahya Al-Zahrani, menasihatkan semua pengawal keselamatan di dalam Masjidil Haram supaya mempamerkan kemahiran profesional dan bersikap lebih toleransi ketika menerima tetamu ALLAH SWT.
Kedai roti tingkatkan pengeluaran
Kebiasaannya, ketika Ramadan kedai roti bakal menjadi makanan pilihan. Bagi memastikan bekalan mencukupi ramai pekedai akan menggandakan pengeluaran mereka dari kebiasaan.
Ketua Pengarah Institusi Awam untuk Kilang-kilang Gandum, Walid Al-Khawariji mengumumkan kesediaan institusi itu untuk memenuhi permintaan tersebut.
“Buat pertama kalinya, kami memperkenalkan paket 45 kilogram gandum tambahan untuk diedarkan ke seluruh kedai roti di Saudi. Penambahan ini adalah peningkatan 10 peratus jika berlaku kekurangan pesanan terutama menjelang waktu puncak Ramadan dan musim haji,” katanya.
Menurutnya, dianggarkan dua setengah juta beg gandum, sudah diperuntukkan di Makkah lagi memenuhi keperluan jemaah.
“Penggunaan gandum tahun ini dijangka mencapai 2.6 juta tan dengan peningkatan 100,000 tan berbanding tahun lepas. Kedai roti elektronik di Jeddah akan meningkatkan pengeluaran 35 peratus termasuk pengeluaran roti gula bagi pasaran tempatan,” katanya.
Pemilik Bakeries Al Jaze‘di Jeddah, Ali Al-Shehri berkata, terdapat permintaan tinggi untuk roti bakar dan roti kerak nipis yang dikenali sebagai sambousik.
“Pusat beli-belah biasanya membeli kuantiti sambousik sebagai persediaan Ramadan dan kemuncaknya adalah minggu terakhir Syaaban dan hari pertama Ramadan,” katanya.
No comments:
Post a Comment