Manama: Seorang lelaki Arab Saudi tidak menduga mendapat isteri baru selepas menghadiri majlis pertunangan adik perempuannya gara-gara menyahut cabaran rakan.
Laman berita Jazan Today melaporkan, lelaki yang sudah beristeri itu dicabar rakannya supaya melamar anak perempuan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan.
Tanpa berfikir panjang, lelaki terbabit yang menganggap perbuatan berkenaan sekadar satu gurauan terus menghampiri bapa wanita itu, malah menamakan anak yang kononnya ingin dinikahi.
Bapa terbabit yang terkejut bagaimanapun menerima lamaran itu malah terus meminta kadi memulakan satu lagi majlis perkahwinan.
Perbuatannya mengejutkan pemuda itu yang terus memohon maaf kerana menganggap semuanya gurauan.
“Saya minta maaf, saya cuma bergurau. Malah saya tidak cukup wang untuk berkahwin atau membayar mas kahwin,” katanya.
Bagaimanapun, bapa wanita itu berkeras meneruskan majlis, malah tidak kisah menanggung semua kos menyebabkan pemuda terbabit akhirnya mengalah dan bersetuju menikahi wanita berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28
No comments:
Post a Comment