Pages

Monday, May 19, 2014

Lelaki kurang upaya main ping pong dengan mulut


Ibrahim Hamato bermain ping pong dengan hanya menggunakan mulutnya. - AGENSI
KAHERAH 18 Mei - Kehilangan kedua-dua belah tangan akibat kemalangan yang dialami ketika berusia 10 tahun, tidak pernah menjadi penghalang kepada seorang lelaki kurang upaya untuk bermain pingpong dengan baik.
Laman web oddity central melaporkan, warganegara Mesir, Ibrahim Hamato bermain ping pong dengan hanya menggunakan mulutnya, serta mampu mengalahkan mana-mana pemain amatur sukan tersebut dengan mudah.
"Saya amat gemar bermain pingpong, namun selepas mengalami kecelakaan jalan raya pada usia 10 tahun, saya tidak lagi aktif bersukan.
"Hanya selepas tiga tahun kemalangan itu berlaku, saya mula bermain pingpong tetapi dengan menggunakan mulut. Walaupun agak sukar pada awalnya, lama-kelamaan perkara tersebut menjadi mudah," jelasnya.
Ibrahim menyifatkan, menjadi tetamu kehormat dalam Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia yang berlangsung di Tokyo bulan lalu, merupakan pencapaian terbaiknya sejak menceburi sukan tersebut.
Katanya, ketika berada di Tokyo, dia diberi kesempatan untuk bermain bersama beberapa orang pemain handalan dunia dan pengalaman itu merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
"Jemputan itu merupakan hadiah kepada kecekalan saya untuk terus berjuang dalam sukan ini. Saya mahu tunjukkan kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan yang tinggi," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_07/Lelaki-kurang-upaya-main-ping-pong-dengan-mulut#ixzz327SQtqWn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: