MUMBAI 17 Mei - Seorang lelaki India yang mempunyai kecacatan di mukanya dan digelar sebagai Lelaki Gajah menolak tawaran untuk menjalani pembedahan yang membolehkannya mendapat wajah yang baru dengan alasan dia mahu mengutip wang di jalan-jalan raya untuk digunakan untuk mengahwinkan anak perempuannya.
Mannan Mondal yang turut mendapat jolokan sebagai lelaki cair Delhi menyatakan, dia enggan menjalani pembedahan itu kerana dia ingin terus meminta sedekah di jalanan ekoran dia mampu mengumpul sebanyak 5 pound (RM27) sehari menerusi caranya.
Portal berita Mail Online melaporkan lelaki berusia 50 tahun mengalami pe-nyakit dikenali sebagai neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan di mukanya itu, selama ini bergantung kepada penampilannya tersebut untuk menampung kehidupannya.
Oleh itu, Mannan menolak tawaran daripada pakar-pakar bedah kerana dia perlu membiayai perkahwinan anaknya yang berusia 20 tahun, Rasheeda.
Saya perlu membeli banyak benda termasuk katil, kabinet, jam dan motosikal untuk pengantin lelaki.
Duit yang saya peroleh semasa meminta sedekah cukup-cukup untuk menyara keluarga saya. Namun saya tidak mempunyai cara lain untuk menolong anak saya. Saya perlu terus begini. Apa yang penting saya perlu memikirkan cara untuk memberi makan keluarga saya dahulu," kata Mannan yang tiada sebelah mata, telinga dan hampir semua giginya.
Mannan dibesarkan di dalam sebuah keluarga miskin di Kolkata, Bengal Barat dan dia dilarang ke sekolah kerana kea-daan wajahnya itu menyebabkannya dia terpaksa meminta sedekah untuk me-nyara kehidupannya.
Bagaimanapun, di sebalik wajahnya itu, lelaki itu berkahwin pada usia 18 tahun dan mempunyai empat orang anak termasuk dua perempuan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140518/lu_09/Lelaki-Gajah-enggan-jalani-pembedahan#ixzz320oupoUk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment