Pages

Thursday, May 29, 2014

Google keluarkan kereta tanpa stereng



GAMBAR yang disiarkan Google semalam menunjukkan versi awal sebuah kereta tanpa stereng keluaran syarikat enjin carian di internet itu. - AP


WASHINGTON - Syarikat enjin carian internet, Google mula membina kereta tanpa stereng yang dijadualkan diuji seawal tahun ini.
"Kereta itu tidak mempunyai stereng, pedal minyak atau brek kerana semua itu tidak diperlukan. Pemanduan akan menggunakan perisian dan sensor kami," kata firma berkenaan dalam kenyataan di sebuah laman blog kelmarin.
Pembuatan kereta keluaran Google merupakan inisiatif baharu firma itu yang sebelum ini hanya mengubah suai kenderaan lain seperti Honda dan Lexus bagi tujuan tersebut.
Menurut Google, ia merancang membina kira-kira 100 prototaip kereta tanpa pemandu itu.
"Pemandu kami akan memandu uji versi awal kereta prototaip itu secara kawalan manual," kata Google dalam kenyataan tersebut.
"Jika semuanya berjalan lancar, kami akan mewujudkan satu program perintis di California selama beberapa tahun untuk menguji prototaip kereta tersebut," tambah kenyataan sama.
Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum 40 kilometer sejam.
Dalam pada itu, portal berita San Jose Mercury News pula melaporkan bahawa kereta prototaip itu akan mempunyai dua tempat duduk.
Menurutnya, kereta itu menggunakan kuasa bateri dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti cermin hadapan yang fleksibel dan bahagian hadapan yang dibina daripada bahan berasaskan buih. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz333V0p7TT 
Hakcipta terpelihara 

No comments: