28 Mei 2014
SINGAPURA - Forbes hari ini mengumumkan ulang tahun ke-10 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, dengan Canselor Jerman Angela Merkel mendahului senarai tahun ini bagi tahun keempat berturut-turut.
Ia merupakan kali sembilan Angela berada dalam senarai itu.
Ini diikuti Pengerusi Rizab Persekutuan US Janet Yellen di tempat kedua, dan Pengerusi Bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, sekali lagi di tempat ketiga.
Dilma Rouseff, Presiden Brazil, turun dua tempat di Nombor 4 manakala Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, naik dua anak tangga ke tempat kelima.
"Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, wanita-wanita mengagumkan dari seluruh dunia ini akan terus membuat impak berpanjangan dalam semua aspek kehidupan kita di dunia," kata Moira Forbes, Presiden Forbes dan Penerbit ForbesWoman.
Mereka yang dimasukkan dalam ranking 2014 mewakili wanita dalam lapan kategori iaitu teknologi, politik, perniagaan, kewangan, media, hiburan, dermawan dan NGO serta jutawan. - Bernama
1 comment:
Kajian Forbes kali ini kurang tepat sbab Rosmtah Mansor terlepas dari list. Bukan ke semua kuasa diMsia ni dlm tangan Rosmah.
Post a Comment