Pages

Monday, March 3, 2014

Pesawat terpanjang di dunia dipamer


Syarikat Hybrid Air Vehicles membina HAV304, kapal udara terpanjang di dunia. - AGENSI
LONDON 2 Mac. - Sebuah kapal udara, HAV304 sepanjang kira-kira 91.44 meter diiktiraf sebagai pesawat paling panjang di dunia, menewaskan pesawat Antonov An-2225 yang sebelum ini merupakan pesawat paling panjang pernah dibina.
HAV304 mempunyai panjang lebih lapan meter daripada pesawat Antonov An-2225.
Tarikan kapal udara ini bukan sahaja terletak kepada panjangnya tetapi juga pada teknologinya kerana pesawat HAV304 merupakan kapal udara hibrid pertama di dunia.
HAV304 dibina oleh syarikat Hybrid Air Vehicles dan pertama kali diperkenalkan melalui projek hijau Amerika Syarikat (AS) yang menerima geran berjumlah 2.5 juta pound (RM13.71 juta) daripada kerajaan United Kingdom.
Kapal udara gergasi itu yang mampu mencapai kelajuan 100 kpj dan boleh berada di udara selama kira-kira tiga minggu, kini dipamerkan di Cardington, Bedfordshire.
Pesawat itu juga mampu menjalankan misi menghantar bantuan kemanusiaan, pemantauan dan komunikasi. HAV304 tidak memerlukan landasan untuk berlepas dan dipercayai lebih mesra alam berbanding kapal kargo.
Penyanyi utama kumpulan rock Iron Maiden, Bruce Dickinson merupakan seorang daripada pelabur dalam pembinaan pesawat tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140303/lu_09/Pesawat-terpanjang-di-dunia-dipamer#ixzz2uqV2JV00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: