Pages

Sunday, March 23, 2014

Manusia boleh hidu 1 trilion bau


Keharuman bunga merupakan satu daripada bau yang boleh dihidu dan dinikmati oleh manusia. - AGENSI
WASHINGTON 22 Mac - Satu kajian saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati hidung manusia boleh menghidu sekurang-kurangnya satu trilion bau yang berbeza, sekali gus melebihi jumlah yang dianggarkan sebelum ini.
Selama berpuluh-puluh tahun, saintis percaya hidung manusia hanya boleh menghidu kira-kira 10,000 jenis bau, menyebabkan keupayaan itu lebih rendah berbanding fungsi mata dan pendengaran,
Pengarah Makmal Neurogenetik Universiti Rockefeller, Leslie Vosshall berkata, keputusan kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati kemampuan manusia menghidu bau lebih hebat berbanding jangkaan sebelum ini.
Jelasnya, pada 1020-an saintis menganggarkan hidung manusia boleh mengesan bau dengan bantuan kira-kira 400 saraf deria olfaktori.
Tetapi, katanya, kemampuan hidung dianggap lebih rendah berbanding mata manusia yang hanya mempunyai tiga saraf deria untuk membezakan berjuta-juta warna, dan telinga pula boleh membezakan 340,000 bunyi.
"Kajian terbaharu itu menunjukkan deria bau manusia lebih hebat berbanding mata dan telinga. Hidung merupakan organ penting bagi masyarakat pada zaman purba.
"Manusia zaman dahulu bergantung pada deria bau untuk membezakan sesuatu benda atau makanan, tetapi penciptaan peti sejuk dan tahap kebersihan diri yang semakin meningkat pada zaman moden mengehadkan keupayaan fungsi hidung," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140323/lu_04/Manusia-boleh-hidu-1-trilion-bau#ixzz2wj7qSu42
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: