Peluru berpandu SA-3 dipamerkan pada perarakan tentera bagi memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran pemimpin Korea Utara Kim Il-Sung pada 15 April 2012. |
Roket lama itu dipercayai jenis dibangunkan Soviet dan dimiliki Korea Utara sejak 1960an. Ia menjangkau jarak 60 kilometer sebelum jatuh ke dalam laut, kata Yonhap.
Enam hari yang lalu, Korea Utara menembak 25 roket jarak dekat ke dalam laut di bahagian pesisir pantai timur negara itu.
Korea Selatan percaya pelancaran roket jarak dekat itu dilakukan Korea Utara bulan ini adalah “protes senjata” terhadap latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan yang sedang dijalankan.
Korea Utara mengutuk latihan ketenteraan bersama itu sebagai persediaan untuk berperang sementara Seoul dan Washington berkata latihan tahunan adalah hanya untuk tujuan pertahanan.
Awal tahun lalu, Korea Utara mengadakan ujian nuklear ketiga selepas berjaya melancarkan roket jarak jauh pada 2012 yang disifatkan pengkritik disasarkan untuk membuktikan teknologi peluru berpandu merentas benua.
Kedua-dua jenis roket itu dilarang di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - REUTERS
No comments:
Post a Comment