ISLAMABAD 7 Mac - Jurutaip terpantas dunia, Mohammed Khurshid Hussain mencatat rekod baharu apabila menaip dengan pantas hanya menggunakan hidungnya.
Lelaki berusia 23 tahun dari Pakistan itu, menaip 103 huruf dalam tempoh 47 saat menggunakan hidung selepas dia menjalani latihan selama enam jam sehari bagi memahirkan diri dengan teknik tersebut.
Rekod itu mengatasi catatan sebelum ini iaitu seminit 33 saat yang dicatatkan di Dubai pada 2008 oleh seorang jurutaip India yang menggunakan teknik sama untuk menaip ayat yang serupa.
Semasa mencatat rekod berkenaan, Khurshid mengikat tangannya ke belakang dan dikelilingi penonton serta penyokongnya yang memegang jam randik untuk mencatatkan masa.
Khurshid sebelum ini memegang rekod dunia Guinness atas kejayaannya menaip semua huruf tersebut di papan kekunci menggunakan jarinya dalam masa 3.43 saat pada Februari 2012 di Hyderabad, Pakistan.
Menurut Khursid, latihan selama berbulan-bulan sebelum melakukan cabaran berkenaan berbaloi apabila dia mencatat masa kurang daripada 53 saat, terbaik yang dicatatnya sebanyak dua kali semasa latihan.
"Jika anda mahu mencatat rekod dunia, setiap milisaat akan dikira dan saya menutup sebelah mata ketika menaip, menyebabkan saya sukar untuk melihat papan kekunci," katanya kepada International Business Times.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_11/Catat-rekod-terpantas-menaip-guna-hidung#ixzz2vJjZtg7g
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment