LONDON 23 Mac - Seorang bayi pramatang berusia 27 minggu dan hanya seberat 453 gram, mampu terus hidup apabila doktor membalutnya menggunakan beg plastik sandwic yang diubah suai bagi mengekalkan kepanasan suhu badannya.
Laman web, Mail Online melaporkan, bayi tersebut, Lucia Sansbury dilahirkan tiga bulan awal dari tarikh kelahirannya di Hospital Royal Cornwall di sini tahun lalu dan turut memerlukan rawatan kecemasan bagi mengubati usus serta matanya.
Ibunya, Emma Sansbury, 33, berkata, dia sememangnya tidak menjangka bayinya itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang sangat kecil.
Kakitangan hospital memberitahu kami, keadaan fizikal Lucia adalah sebesar bayi berumur 22 minggu.
Ketika dia dilahirkan menerusi pembedahan, mereka menjelaskan bayi ini hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup kerana saiznya itu, namun dia merupakan bayi yang kuat," katanya.
Menurut doktor, saiz Lucia amat kecil kerana plasenta ibunya tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa dirawat di hospital selama enam bulan sebelum dibenarkan pulang.
Tambah Sansbury, dia dan suaminya mencuba proses persenyawaan tabung uji (IVF) sebanyak enam kali dalam masa tiga tahun sebelum berjaya mengandungkan anak istimewanya itu.
Saya tidak mahu melalui proses itu lagi, namun selepas melihat Lucia, kami sedar segala usaha kami berbaloi," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140324/lu_04/Bayi-kecil-diselamatkan-guna-beg-plastik-sandwic#ixzz2wpHrguUE
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment