LADAKH, India 23 Jan. - Seorang wanita di sini terpaksa melalui perjalanan sejauh 72 kilometer dalam keadaan suhu 35 darjah Celcius di bawah paras beku, semata-mata untuk ke hospital terdekat bagi melahirkan anak.
Untuk ke sebuah hospital di Lingshed, wanita tersebut bersama keluarganya yang menetap di sini, perlu berjalan kaki selama sembilan hari mengharungi laluan sukar antaranya kawasan pergunungan bersalji tebal selain jalan sempit serta Sungai Chadar yang membeku.
Bukan setakat itu, keluarga tersebut adakalanya terpaksa menyeberangi sungai yang dingin serta melalui kawasan cenuram berbahaya.
Menurut laporan Daily Mail semalam, kepayahan dilalui keluarga tersebut berjaya dirakam seorang jurugambar Tim Vollmer, yang kebetulan sedang menyertai satu ekspedisi bersama rakan-rakannya di Sungai Chadar.
Menurut Vollmer, keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sambil membawa bersama bayi yang baru lahir di dalam sebuah bakul.
"Saya berasa kagum dengan tindakan mereka yang sanggup mengharungi cabaran bagi melahirkan seorang anak.
"Bagi saya kesungguhan ditunjukkan mereka sangat menakjubkan," ujarnya lagi.
Jelas Vollmer, keluarga itu turut membawa seorang lagi anak mereka bersama kelengkapan yang diperlukan sepanjang perjalanan.
"Menurut keluarga itu, mereka berjalan selama lapan jam sehari dan hanya berehat di dalam gua. Sehingga hari ini, saya masih kagum dengan mereka," katanya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_10/Keluarga-berjalan-kaki-sejauh-72-kilometer-untuk-ke-hospital-terdekat#ixzz2rGLZW4na
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment