Pages

Friday, January 31, 2014

Gagal kahwinkan anak 8 tahun

Sana’a: Seorang lelaki dipenjara enam hari kerana cuba mengahwinkan anak perempuannya yang berusia lapan tahun dengan seorang anggota keluarganya.
Laman web Al Masder kelmarin melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Iftikhar, 8, akan dikahwinkan dengan sepupunya. 
Aktivis tempatan menggesa polis dan pertubuhan hak asasi kemanusiaan agar campur tangan dan menghentikan perkahwinan itu.

Ketua pasukan keselamatan daerah Ibb, Mohammad Al Qudisi kemudian menghantar anggotanya ke kediaman keluarga itu bagi menghalang perkahwinan berkenaan.
Foto
POLIS membawa Iftikhar (tengah) untuk diserahkan kepada bapa saudaranya selepas bapanya dipenjarakan, semalam.

Selepas mendapat tahu mengenai ketibaan polis, bapa kanak-kanak itu melarikan diri selepas mengurung isteri dan mangsa.

Ibu mangsa pada awalnya menentang perkahwinan itu tetapi akur selepas suaminya mengugut mahu menceraikannya.

Polis semalam menyerahkan kanak-kanak itu kepada bapa bapa saudaranya yang menghubungi aktivis apabila mendengar yang anak saudaranya itu akan dikahwinkan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

No comments: