Pages

Saturday, November 16, 2013

Tak pernah percaya tunang

London: Kecelaruan psikologi dikenali sebagai sindrom Othello menjadikan seorang wanita mengalami masalah cemburu melampau.
Keadaan itu bukan saja menyusahkan dirinya sendiri, malah menjadi khabar buruk kepada tunangnya.
Justeru, Debbi Wood akan mengesyaki tunangnya, Steve, berlaku curang atau liar jika dia berada jauh daripada pandangan.

Untuk mengatasi kebimbangan itu Debbi, 42, mewajibkan Steve memakai alat pengesan bohong setiap kali keluar rumah,
Foto
STEVE terpaksa membiarkan Debbi memeriksa akaun peribadi, e-mel dan telefon bimbitnya beberapa kali sehari.

Tidak cukup dengan itu Debbi juga memeriksa telefon bimbit Steve selain e-mel dan akaun bank lelaki terbabit beberapa kali sehari.

Namun, setakat ini Debbi tidak pernah berjaya membuktikan Steve berselingkuh dengan wanita lain.

Kata Debbi, dia khuatir Steve bermain mata atau tergoda dengan wanita lain walaupun sekadar pembantu kedai.

“Saya cuma mahu tahu apa berlaku pada Steve jika dia berjauhan daripada saya,” katanya.

Menurut Debbi, Steve seorang lelaki yang hebat.

Namun, itu bukanlah kebimbangan utamanya.

“Apa yang penting ialah sama ada saya boleh mempercayai Steve tidak akan bermain mata dengan wanita lain atau tidak.

“Saya tak mahu Steve berasa dia seorang lelaki menarik,” katanya.

Walaupun bagi sesetengah orang menghidap sindrom Othello adalah suatu bencana, Debbi sebaliknya menganggap ia satu “rahmat.”

Sindrom Othello - diambil sempena nama watak cerita ciptaan William Shakespeare yang membunuh isteri kerana disyaki curang membolehkan Debbi mengawasi tunangnya.

Kecemburuan Debbi amat melampau sehingga Steve, 30, terpaksa menggunakan nama keluarga Debbi.

Steve juga dihalang daripada menonton televisyen memaparkan wanita dalam siarannya.

Bagi Steve pula, dia rela dicurigai Debbi demi cintanya kepada wanita terbabit.

Sementara itu pakar berkata, mereka yakin sindrom itu berpunca daripada kegagalan seseorang dalam hubungan silam. - Agensi

No comments: