WASHINGTON 21 April - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan pantai timur Rusia awal pagi Ahad waktu tempatan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa direkodkan dalam kejadian yang berlaku pukul 1.12 pagi (Ahad) atau pukul 9.12 malam tadi waktu Malaysia.
Gempa bumi itu berlaku 98 kilometer tenggara bandar Severo-Kurilsk berhampiran kawasan kurang berpenghuni di Kepulauan Kuril yang ditadbir Rusia pada kedalaman 20.2 kilometer. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_01/Gempa-kuat-gegar-pantai-timur-Rusia-tiada-korban#ixzz2R3CF48HG
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment