Pages

Wednesday, December 18, 2013

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik

GAMBAR bertarikh 11 Disember lalu menunjukkan Nilsson menghasilkan wajah manusia yang dilahirkan 5,500 tahun lalu.


LONDON - Seorang artis forensik terkenal dari Sweden, Oscar Nilsson berjaya menghasilkan semula wajah manusia lelaki purba yang berusia 5,500 tahun, lapor agensi berita AFP semalam.
Wajah manusia itu dihasilkan semula berdasarkan tengkorak dan rangka tulangnya yang ditanam di sebuah kawasan yang terletak 2.41 kilometer dari lokasi pelancongan terkenal, Stonehenge, barat England.
Nilsson menghasilkan wajah itu dengan menggunakan silikon supaya muka lelaki tersebut kelihatan mempunyai daging.
Bukti-bukti forensik menunjukkan lelaki tersebut berusia di antara 25 hingga 40 tahun.
Dia dilahirkan kira-kira 500 tahun sebelum monumen batu Stonehenge itu dibina.
Tinggi lelaki itu ialah 172 sentimeter dan beratnya sekitar 76 kilogram.
Wajah dan rangka manusia itu kini dipamerkan di Pusat Pelancongan Stonehenge, barat England. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2nlxaAFSr 
Hakcipta terpelihara 

No comments: