PERTH - Lapisan ais yang menyebabkan sebuah kapal Rusia yang membawa 74 orang terkandas di Antartika Timur semakin merekah semalam sekali gus memberi harapan bahawa mereka akan dapat diselamatkan.
Rekahan itu membolehkan sebuah kapal pemecah ais milik Australia menghampiri kapal tersebut untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.
Kapal yang terkandas itu, Akademik Shokalskiy meninggalkan New Zealand pada 28 November lalu bagi melakukan ekspedisi untuk meraikan ulang tahun ke-100 pelayaran ke benua tersebut yang diketuai pengembara dari Australia, Doughlas Mawson.
Namun, kapal tersebut terkandas pada 24 Disember lalu.
Para penumpang kapal itu terdiri daripada saintis dan pelancong yang kebanyakannya dari Australia.
Sebelum ini, sebuah kapal pemecah ais dari China tidak dapat memecah ais yang tebal untuk mendekati kapal Akademik Shokalskiy.
"Terdapat rekahan pada lapisan ais," kata seorang penyelaras misi menyelamat itu, Lisa Martin dari Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia.
Para penumpang dan kru kapal tersebut berada dalam keadaan baik.
"Kami menunggu kapal Aurora (kapal penyelamat) untuk membawa kami keluar," kata seorang profesor dari Australia, Chris Turney. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2ou0iEbS9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment