BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan kawasan tanah di sekitar kuil Preah Vihear yang menjadi pertikaian kepada Kemboja, satu keputusan yang menimbulkan kemarahan nasionalis Thai dan meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra.
Semasa menyampaikan penghakiman itu, Presiden ICJ Peter Tomka, berkata Kemboja mempunyai kedaulatan ke atas "seluruh wilayah tanjung Preah Vihear", dan Thailand perlu menarik balik tentera dari kawasan itu.
Dalam satu reaksi kepada keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri Thailand dan menteri hal ehwal luar, Surapong Tovijakchaikul, berkata Thailand dan Kemboja gembira dengan keputusan mahkamah itu.
Beliau berkata keputusan ICJ akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Bersama dengan rakan sejawatannya dari Kemboja.
Duta Thai di The Hague dan ketua pasukan perundangan Thailand Virachai Plasai, berkata mahkamah tidak menandakan wilayah dan Thailand tidak kehilangan tanahnya.
"Mahkamah juga mencadangkan supaya Thailand dan Kemboja bekerjasama menjaga kuil yang merupakan warisan dunia," katanya kepada media selepas keputusan ICJ itu.
Keputusan ICJ hari ini merupakan interpretasi kepada keputusan pada 1962 oleh mahkamah yang mengisytiharkan kuil itu milik Kemboja tetapi tidak membuat keputusan mengenai kawasan di sekitarnya.
Terdahulu, sebelum keputusan diumumkan, pesara tentera Jen Preecha Iamsupan, berkata mereka tidak akan menerima keputusan ICJ berhubung pemilikan ke atas sempadan yang menjadi pertikaian di sekitar kuil Pheah Vihear.
“Apapun keputusannya, baik atau buruk buat Thailand, kami tidak akan menerimanya. Thailand tidak boleh hilang walaupun seinci wilayahnya," katanya semasa demonstrasi yang diadakan di depan Kementerian Pertahanan. - Bernama

No comments:
Post a Comment