SAN FRANCISCO - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg membeli empat buah rumah berharga sekitar AS$30 juta (RM95.3 juta) di sekitar kejiranannya di Lembah Silikon di sini.
Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk meruntuh kesemua rumah tersebut untuk membina sebuah kompleks kediaman seperti yang pernah dilaporkan.
Zuckerberg sebaliknya akan menyewakan semua kediaman itu kepada penghuni sedia ada dan tidak akan mengusir mereka.
Ketua Facebook itu bertindak membeli hartanah tersebut selepas sebuah syarikat pemaju perumahan merancang untuk melakukan perkara yang sama.
"Pemaju berkenaan mahu membina sebuah banglo dan menjual hartanah itu sebagai kediaman di sebelah rumah Zuckerberg," kata sumber kepada akhbar The San Jose Mercury News.
Akhbar itu melaporkan, Zuckerberg mengambil masa setahun untuk membeli semua kediaman tersebut bagi memastikan dia tinggal bersama jiran-jiran yang dikenalinya.
Usahawan internet itu mengambil masa hanya 10 minit untuk memandu dari kediamannya menuju ke ibu pejabat Facebook di Menlo Park di sini. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2he4QYsQC
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment