ALLERSTON, Britain - Sepasang suami isteri di Britain telah menukar tiga gerabak kereta api lama di Allerston, North Yorkshire menjadi sebuah rumah tetamu kelas pertama sejak 17 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Pasangan itu, Carol dan Mark Benson menukar keseluruhan ruang dalaman tiga gerabak kereta api restoran layan diri tersebut kepada ruang penginapan mewah.
Stesen itu kini mengalu-alukan kehadiran para tetamu pelbagai peringkat usia sama ada dari kanak-kanak sekolah sehingga warga emas yang telah bersara.
Gerabak-gerabak berusia 45 tahun itu dilengkapi sebuah dapur, ruang tamu dan dua hingga tiga bilik tidur.
"Kami pada mulanya sedang mencari idea untuk membuka sebuah perniagaan penginapan di kawasan tersebut dan saya suka stesen kereta api itu sebaik sahaja melihatnya," kata Carol, 54, ibu kepada dua orang anak.
Stesen kereta api itu pada asalnya digelar Stesen Wilton. Namun, ia ditukar nama kepada Stesen Ebberston selepas tahun 1900. Kini ia diberi nama The Old Station.
"Saya menemui stesen ini dan memberitahu suami yang saya mahu membelinya. Keadaannya ketika itu sangat menyedihkan.
"Suami saya mempersoalkan di mana dia mahu meletakkan pengunjung itu nanti. Kemudian saya mendapat idea. Saya jawab sudah tentu kita letak mereka di dalam gerabak. Bahagian lain hanya tinggal sejarah," kata Carol. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2gQBvdiEq
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment