Pages

Monday, September 16, 2013

Siput bercengkerang kaca

Siput bercengkerang kacaSiput bercengkerang lutsinar seperti kaca ini ditemui di Gua Lukina Jama-Trojama di Crotia.

ZAGREB - CROATIA. Kumpulan saintis dari Universiti Goethe, Frankfurt dan kumpulan penyelidik yang melakukan kajian ke atas organisma bawah tanah di Croatia menemui siput bercengkerang lutsinar seperti kaca.

Dipetik laporan DailyMail, Zospeum tholussum yang ditemui di Lukina Jama-Trojama iaitu salah sebuah daripada 20 gua paling dalam di dunia itu turut disahkan sebagai spesies siput baru.

Ia ditemui di kawasan berpasir dan berbatu berhampiran aliran anak sungai pada kedalaman luar biasa iaitu 980 meter dari permukaan gua tersebut.

Menurut saintis, ia jelas menunjukkan siput terbabit memilih tempat gelap dan kawasan berlumpur di dalam gua bawah tanah sebagai habitatnya.

Selain itu, mereka juga mendapati keupayaan untuk haiwan tersebut bergerak juga terhad dan ia terpaksa 'menumpang' haiwan mamalia lebih besar untuk berpindah ke kawasan lain.

Penemuan menakjubkan itu turut diterbitkan menerusi jurnal Biologi Bawah Tanah. 

No comments: