|
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan dari penjara tidak lama lagi selepas dakwaan rasuah terhadap pemimpin tersebut dibatalkan, kata peguamnya semalam, sekali gus merumitkan lagi krisis politik di negara itu.
Mubarak, 85, ditangkap selepas dia tumbang dalam kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai 'Arab Spring' pada 11 Februari 2011.
Gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.
Peguam bekas pemimpin tersebut, Fareed El-Deeb berkata, satu lagi kes rasuah melibatkan Mubarak juga akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Perkara yang tinggal cuma prosedur pentadbiran yang mengambil masa kurang 48 jam untuk diselesaikan. Dia (Mubarak) akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini," katanya.
Namun, tanpa mengesahkan kesahihan berita tersebut, sumber kehakiman di sini memberitahu, Mubarak akan berada di penjara selama dua minggu lagi.
"Ia bagi membolehkan pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan berhubung satu lagi kes rasuah melibatkan bekas diktator Mesir berkenaan," kata sumber itu.
Mubarak bersama menteri dalam negerinya dipenjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Beliau kemudian merayu untuk perbicaraan semula kes tersebut yang kemudian diluluskan oleh mahkamah Mesir.
Mubarak boleh dibebaskan dari penjara sementara menanti perbica- raan semula tersebutdiadakan.
Bekas pemimpin itu kini ditahan di penjara Tora di selatan bandar raya ini.
Fasiliti itu turut menempatkan beberapa pemimpin kanan pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin yang ditahan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi di tangan tentera Mesir pada tahun ini.
Dalam pada itu, Kesatuan Eropah mengadakan satu mesyuarat tergempar sema- lam bagi membincangkan pertumpahan darah yang semakin meningkat di Mesir.
Pusingan pertama mesyuarat tergempar di sini diadakan ketika EU bersedia untuk menimbang semula hubungan baiknya dengan Mesir.
Mesyuarat penting itu juga diadakan selepas angka ke matian sepanjang keganasan lima hari di Mesir meningkat kepada hampir 800 orang. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2cVmjWU2a
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment