Ilustrasi menunjukkan planet HD 189733b berwarna biru kerana diselaputi gas selain mengorbit rapat dengan bintangnya.
TELESKOP Angkasa Hubble berjaya menangkap imej sebuah planet berwarna biru terang yang juga julung-julung kalinya dilabelkan sebagai planet asing.
Dipetik Agensi, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop berkenaan berkata, planet yang dikenali sebagai HD 189733b, adalah daripada warna biru kobalt terang sama seperti warna bumi.
"Planet gergasi bergas ini mengorbit berdekatan dengan bintang panas yang bersuhu melebihi 1,000 darjah Celsius.
"Ia juga terdedah kepada pusaran angin selaju 7,000 kilometer sejam. Pada jarak 63 tahun cahaya, planet biru ini adalah salah satu penemuan baru," kata seorang saintis.
Saintis mengesahkan, warna biru pada planet tersebut bukan disebabkan pantulan lautan tropika sebaliknya ia berlaku kerana jerebu dan ruang udara yang bercampur dengan partikel silikat di merata sudut.

No comments:
Post a Comment