Kumpulan pengkaji Bezos Expeditions memeriksa enjin roket Apollo 11 yang ditemui di dasar Lautan Atlantik pada Mac lalu |
Enjin Apollo 11 yang ditemui oleh kumpulan pengkaji Bezos Expeditions itu pernah digunakan untuk membawa tiga angkasawan termasuk Neil Armstrong ke bulan pada 20 Julai 1969.
Pengesahan itu dibuat berdasarkan nombor siri '2044' yang tertera pada badan enjin tersebut.
Menurut Bezos, enjin roket itu ditemui dengan bantuan kenderaan kawalan jauh berteknologi tinggi yang dicipta untuk tahan tekanan tinggi kedalaman air.
Kenderaan itu dihubungkan dengan kapal di permukaan melalui kabel fiber optik untuk pemindahan data dan kuasa.
Enjin yang ditemui itu berfungsi untuk melancarkan Apollo 11 ke bulan dalam tempoh dua minit, melibatkan penggunaan minyak bernilai 4.5 juta pound (RM21.6 juta).
Enjin itu terpisah daripada roket dan jatuh ke Lautan Atlantik selepas tempoh pelancaran fasa pertama tamat. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130722/lu_06/Enjin-roket-Apollo-11-ditemui#ixzz2Zmk8GLBD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment