TAIPEI - Satu gempa bumi kuat yang melanda Taiwan semalam meragut dua nyawa dan menggegarkan bangunan-bangunan di sini, kata beberapa pegawai.
Gempa itu menyebabkan sejumlah orang bertempiaran lari ke jalan-jalan dan ia turut dirasai di Hong Kong yang terletak 700 kilometer dari sini.
Pusat Seismologi Taiwan memberitahu, gempa itu berukuran 6.3 pada skala Richter manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan ia berukuran 6.2 pada skala Richter.
Gegaran itu berlaku pada pukul 1.43 petang waktu tempatan dan berpusat di 32 kilometer ke timur daerah Nantou pada kedalaman 10 kilometer dan ia diikuti oleh beberapa siri gempa susulan, menurut pusat seismologi tersebut.
Agensi Bomba Kebangsaan menyatakan, seorang pendaki terbunuh selepas dia dihempap oleh batu-batu yang jatuh dari Gunung Ali, di tengah Taiwan, manakala dua yang lain mengalami kecederaan serius.
Sebanyak 16 orang yang lain turut dilaporkan mengalami kecederaan, lapor agensi berkenaan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2V9bmNj8Y
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment