MANILA - Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dan lebih 30 kediaman musnah selepas gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter menggegar wilayah selatan Filipina, semalam.
Dipetik AP, gabenor Cotabato Utara, Emmylou Talino-Mendoza berkata, gegaran turut menyebabkan beberapa jalan raya utama retak selain merosakkan jambatan dan paip saluran utama untuk dua perkampungan ladang di bandar Carmen.
Mendoza memberitahu, keadaan lebih mencemaskan apabila sebuah sekolah dalam perkampungan Kimadzil turut roboh, sekali gus menambah kebimbangan penduduk jika berlaku gegaran susulan.
Pada 1990, hampir 2,000 orang dilaporkan terkorban selepas gempa berukuran 7.7 skala Richter menggegar Luzon, di bahagian utara Filipina.

No comments:
Post a Comment