HONG KONG - Sebuah patung permainan itik getah gergasi setinggi bangunan enam tingkat dilihat terapung menyusuri sepanjang pelabuhan Hong Kong semalam.
Kehadiran itik getah gergasi itu menceriakan beratus-ratus orang yang hadir berhimpun di pelabuhan tersebut. Mereka ingin melihat secara dekat patung yang diinspirasikan daripada permainan di bilik mandi itu.
Itik getah berwarna kuning terang setinggi 16.5 meter itu diilhamkan oleh seorang artis Belanda, Florentijn Hofman.
Ia telah ditunda di sepanjang pelabuhan yang berlatar belakang bandar ikonik Hong Kong oleh sebuah bot tunda bersaiz lebih kecil daripada itik tersebut.
Sejak tahun 2007, replika itik itu telah mengembara ke 13 buah bandar berbeza di sembilan negara bermula dari Brazil sehingga Australia dalam perjalanannya mengelilingi dunia.
Seorang pengunjung, Peggy Shieh, 28, sanggup datang dari Taiwan untuk melihat replika itik itu selepas mengetahui mengenainya di laman sosial Facebook.
"Ia mengembalikan semula memori sewaktu kecil saya," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2SB9wKNBJ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment