7 April 2013
SPESIES baru tarantula bersaiz muka manusia dijumpai berhabitat dalam kawasan hutan di utara Sri Lanka.
Dipetik MailOnline, jurucakap saintis Pusat Penyelidikan dan Pengajian Biodiversiti Sri Lanka memberitahu, spesies Poecilotheria rajaei itu mampu melangkah sekurang-kurangnya 20.3 sentimeter.
Dedah penyelidik, tarantula beracun yang dijumpai di dalam sebuah kuarters usang di Mankulan ini amat berbeza dengan spesiesnya kerana jarang ditemui di dunia.
"Selepas beberapa hari menjalankan kajian terhadap tarantula ini, kami mendapati spesies ini hidup di atas pokok dan dalam hutan jarang," kata Ranil Nanayakkara.
Beliau berkata, hidupan liar ini diklasifikasikan sebagai selamat kerana begitu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi mampu pupus jika habitatnya dimusnakan oleh pembangunan semasa. - MailOnline

No comments:
Post a Comment