Pages

Wednesday, March 13, 2013

Simulasi manusia teroka Marikh dibuat di padang pasir Utah




SEBAHAGIAN kru yang menyertai simulasi manusia berada di Marikh berjalan di sebuah kawasan padang pasir di San Rafael Swell, selatan Utah pada 2 Mac lalu.- REUTERS


BANDAR SALT LAKE - Sebuah padang pasir di San Rafael Swell selatan negeri Utah, Amerika Syarikat dijadikan pusat kajian sama ada manusia boleh meneroka planet Marikh.
Pusat Penyelidikan Gurun Marikh dibina di kawasan tersebut kerana bentuk muka buminya kelihatan mirip di planet itu.
Sekumpulan saintis, pelajar dan peminat planet itu berkumpul di pusat berkenaan untuk mengkaji sama ada manusia boleh meneroka Marikh.
Kajian itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Mars Society.
Para sukarelawan yang terlibat dengan kajian tersebut turut memakai pakaian seperti angkasawan semasa mereka berjalan dengan mengambil sampel di kawasan berbukit di padang pasir itu.
Mereka juga berlakon seolah-olah padang pasir itu ialah planet Marikh.
Sebuah kapsul juga didirikan dan dilengkapi bekalan elektrik, makanan, oksigen dan air dalam jumlah yang terhad. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2NMmwq4OK 
Hakcipta terpelihara 

No comments: