Pages

Tuesday, March 12, 2013

Bunuh ramai penduduk tempatan




SEBUAH bangunan musnah akibat bedilan tentera Syria di kawasan penduduk Al-Khalidiya di Homs pada 10 Mac lalu. - REUTERS


GENEVA - Pemerintah Syria dilapor menggunakan beberapa militan tempatan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Popular untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, kata para penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
"Dalam satu trend yang membimbangkan dan berbahaya, pembunuhan beramai-ramai didakwa dilakukan oleh Jawatankuasa Popular," kata satu suruhanjaya siasatan PBB tentang Syria yang diketuai oleh Paulo Pinheiro.
Dakwaan itu dilakukan dalam laporan terkininya untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.
Sementara itu, beberapa aktivis Syria mendakwa, kumpulan penentang telah bertempur dengan tentera pemerintah di sebuah kawasan bergolak di Syria.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria menyatakan, pihak tentera Syria melancarkan serangan dengan menggunakan mesingan dan udara di Baba Amr, bandar Homs.
Tujuan serangan itu adalah untuk mengusir kumpulan penentang anti-Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria bermula pada Mac 2011.
Pada pertempuran itu, lebih 70,000 orang telah terbunuh.
Para penentang itu mahu Bashar digulingkan ekoran kebangkitan penduduk di Tunisia, Mesir dana Libya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2NGwc6FLl 
Hakcipta terpelihara 

No comments: