Pages

Tuesday, March 12, 2013

137 mumia imbas CT

137 mumia imbas CT

Sekumpulan pakar kardiologi di Institut Jantung Mid America Saint Luke memeriksa mumia Hatiay dari Mesir. - Foto AFP
Chicago: Imbasan CT terhadap 137 mumia daripada empat benua dalam tempoh 4,000 tahun menunjukkan bahawa pengerasan arteri adalah perkara biasa terutama di kalangan individu berusia.

Ini menunjukkan bahawa tanda utama penyakit jantung mungkin sebahagian daripada faktor penuaan bukannya terlalu banyak ambil makanan segera seperti 'Big Mac'.
Penemuan itu dibentangkan pada mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika Syarikat di San Francisco dan disiarkan dalam jurnal perubatan Lancet, mencabar kepercayaan biasa bahawa atherosclerosis atau pengerasan arteri - penyakit yang menyebabkan serangan jantung dan strok adalah masalah moden akibat merokok, obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif.

“Kes ini juga adalah keadaan penduduk purba sebelum dunia moden dan mungkin ia adalah sebahagian daripada penuaan,” kata seorang profesor gerontologi di Universiti Southern California, Caleb Finch yang juga penulis kanan kajian.

Klasifikasi vaskular Mumia berkenaan termasuk individu budaya prasejarah purba Peru, penduduk Pribumi Amerika di sepanjang Sungai Colorad0, orang Unangan di Kepulauan Aleutian antara Alaska dan Siberia dan individu yang tinggal ketika era Mesir purba.

Secara keseluruhan, pasukan itu menemui petanda atherosclerosis dalam 34 peratus mumia yang dikaji.

“Bagi mumia berusia lebih 40 tahun separuh daripada mereka memiliki masalah vaskular,” kata Dr Randall Thompson dari Institut Jantung Saint Luke, di Kansas City yang mengetuai kajian.
Pengerasan arteri

“Memandangkan kita tidak dapat melihat semua arteri dalam mana-mana mumia, itu adalah faktor bersama yang agak tinggi,” katanya.

Penemuan ini bukanlah bukti pertama bahawa atherosclerosis berlaku dalam masyarakat purba. REUTERS

No comments: