Pages

Monday, March 11, 2013

Alat implan elak darah beku dicipta



GAMBAR menunjukkan alat implan Watchman yang digunakan untuk menghalang darah beku. - AFP


WASHINGTON - Sebuah alat implan dicipta firma Amerika Syarikat, Boston Scientific untuk menghalang berlakunya darah beku dalam tubuh manusia, lapor stau kajian.
Alat itu yang dikenali sebagai Watchman itu juga boleh membantu mengelak manusia diserang strok.
Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat tersebut, alat berkenaan berfungsi seperti ubat mencairkan darah.
Kajian itu melibatkan 407 pesakit di 41 buah lokasi berlainan.
Dalam kajian itu, 269 pesakit menggunakan alat berkenaan manakala 138 orang lagi menggunakan ubat mencairkan darah.
Hasil kajian tersebut mendapati, alat tersebut berfungsi sama seperti ubat itu.
Laporan kajian itu didedahkan pada satu persidangan Kolej Kardiologi Amerika.
Menurut syarikat berkenaan, alat berkenaan diluluskan di Eropah pada tahun 2005 dan di beberapa buah negara di Asia pada tahun 2009. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2NE5p9Zp3 
Hakcipta terpelihara 

No comments: