Pages

Thursday, February 7, 2013

Thailand bantu CIA dera suspek dalam tahanan



Washington: Thailand semalam disenaraikan dalam kalangan 54 kerajaan di seluruh dunia yang membantu CIA mendera suspek.

Dalam satu laporan, Thailand dikatakan adalah satu daripada enam sekutu Amerika Syarikat yang membenarkan CIA memasuki pusat tahanan tempat banduan ‘dihentak ke dinding, didera secara fizikal, dibogelkan dan dipukul.’ Bangkok tidak mengulas dakwaan terbaru itu meskipun sebelum ini menafikan membantu Amerika Syarikat melakukan penderaan itu selepas serangan 11 September.


Laporan oleh Yayasan Masyarakat Terbuka, sebuah pertubuhan milik George Soros itu menyenaraikan secara menyeluruh negara yang membantu Washington dalam penderaan kejam yang dibenarkan pentadbiran George W Bush.

Yayasan berkenaan menemui bukti bahawa 54 negara menyokong sistem berkenaan dengan mewujudkan penjara CIA, menyoal siasat suspek, membenarkan ruang angkasanya untuk penerbangan rahsia dan membekalkan maklumat perisikan.


Kebanyakan negara itu pernah terbabit dalam memerangi pejuang Islam di negara asal mereka, termasuk Afghanistan dan Mesir. Laporan itu, turut menyenaraikan sekutu rapat Amerika, seperti Australia, Britain, Kanada, Denmark, Finland, Jerman, Ireland, Itali, Poland, Sepanyol, Sweden dan Turki.


Laporan itu juga menyenaraikan Iran dengan berkata, meskipun hubungan buruk dengan Amerika Syarikat, Teheran secara tidak langsung menyerahkan sekurang-kurangnya 10 suspek, kebanyakannya Arab kepada Amerika menerusi kerajaan Afghanistan.

Setakat ini, hanya Kanada meminta maaf kerana peranannya menyeksa tahanan sementara Australia, Britain dan Sweden menawarkan ganti rugi kepada individu yang didera di negara masing-masing. -AFP

No comments: