7 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pada pukul 8.41 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gegaran berpusat di 35 km tenggara Sibolga dan 330 km dari arah barat daya Klang, Selangor.
Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan akan mengeluarkan maklumat tambahan hasil penilaian awalnya berhubung kejadian gempa tersebut. - Bernama
No comments:
Post a Comment