Pages

Tuesday, February 5, 2013

Pekerja Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal

Seorang remaja , Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar. Jam 6.45 dia sudah mula berbasikal, melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya.


Kerja separuh masa ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.

Suatu hari, ibu Sam, Green Jeffries mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Kanak-Kanak di Worcestershire County Council. Beliau terkejut kerana mendapat amaran keras, kerana mengizinkan  Sam bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.

“Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu semasa usia begini. Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain…”

Namun undang-undang tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam memulakan kerja awal, kerana jika dia mula bekerja jam 07.00, dia akan terlambat ke sekolah.

Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.

Walaupun dibuang kerja, Sam diberikan anugerah kecemerlangan prestasi oleh Neil Jagger, Pengarah Operasi Mail Newspaper


Sam telah memulakan kerja ini sejak 2008 lagi, majikanya sangat menyukai kerajinan yang ditunjukkan oleh Sam dan ramai pelanggan sukakan Sam kerana sifat ramah dan ringan tulangnya.

Ramai pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan bantahan ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut dinilai semula dan disesuaikan dengan kehidupan. Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.

Dewan Bandaraya akhirnya mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, keputusan hanya akan dibuat pada hujung tahun 2012 atau 2013.

Berikut adalah Undang-undang yang harus dipatuhi bagi kanak-kanak yang ingin bekerja:

1) Setiap syarikat yang menggaji kanak-kanak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang Tenaga Kerja Kanak-Kanak.

2) Hanya kanak-kanakberusia 13 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan bekerja dan telah mendapat pengesahan dari ketua setempat (Jika di Malaysia seperti ketua kampung)

3) Kanak-kanak tersebut hendaklah membuktikan status kesihatanya dari hospital.

4) Kanak-kanak ini hanya dibenarkan bekerja diantara jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam dan mereka berhak mendapat cuti musim panas selama 2 minggu.

-Agensi

No comments: