BEIRUT 22 Jan. - Presiden Syria, Bashar al-Assad didakwa merekrut satu pasukan separa tentera baharu, dengan sesetengah daripadanya dilatih oleh sekutu kuatnya, Iran, dalam usaha berdepan dengan pemberontak di Syria.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata semalam, pasukan itu bersama tentera sedia ada yang setia kepada Assad membentuk pasukan yang digelar Tentera Pertahanan Kebangsaan (NDA), bersedia menentang pemberontak melalui latihan yang lebih jitu.
Tentera biasa tidak dilatih menentang pemberontak dan kerajaan Syria akhirnya mengambil keputusan mewujudkan NDA," kata pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_11/Assad-tubuh-pasukan-tentera-baharu-lawan-pemberontak#ixzz2Ieu9vmj2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment